Sunday, 02 October 2022
Anda berada di: Laman Utama Kurikulum STEM
STEM DI SMKS19 PDF Print E-mail

PENGENALAN

Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang berfokuskan murid, memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. PdP yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan PdP STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar dapat menghasilkan pembelajaran yang mendalam. Murid yang mengikuti PdP STEM berpeluang membangunkan pemikiran aras tinggi, inovatif, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta berhemah tinggi dan berdikari.

Bagi merealisasikan usaha ini, pada tahun 2022, SMK Seksyen 19, Shah Alam telah dipilih untuk menjadi Sekolah Rintis Kohort 2 Projek STEM Executive Consultation(STEMEC) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah merupakan satu usaha sama di bawah initiatif #49 Perkukuhan STEM.

Ia adalah program ke arah membudayakan Pendidikan STEM dalam kalangan murid dan warga sekolah amnya di samping mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

 

VISI

Pembudayaan STEM Ke Arah Melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi, Kreatif Dan Inovatif

MISI

Melestarikan Pendidikan Stem Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

photo 2022-09-13 09-58-37

stemec1

 

 

JAWATANKUASA STEM / STEMEC 2022

JKSTEM2022

 

 

 

Penafian:- Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768.

Hak Cipta © 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Hakcipta Terpelihara..

 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.